Kelantan–AirAsia agresif teroka pasaran Jakarta
Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Media Exco
KOTA DARULNAIM, 5 April – Kerajaan Negeri Kelantan mempergiat langkah strategik secara agresif bersama AirAsia bagi menembusi pasaran pelancongan Jakarta dalam usaha memperluas capaian antarabangsa serta memperkukuh kedudukan negeri sebagai destinasi pilihan serantau.
Usaha tersebut digerakkan menerusi mesyuarat strategik bersama pasukan AirAsia yang dipengerusikan Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamarudin Md Nor di pejabatnya di Kota Darul Naim, Khamis lalu.
Menurut Datuk Kamarudin, mesyuarat berkenaan memberi fokus kepada penyusunan semula strategi promosi yang lebih tersasar dan berimpak tinggi, selain memperkasa kerjasama pintar bagi menarik kemasukan pelancong antarabangsa khususnya dari Indonesia.
“Kerjasama dengan AirAsia dilihat sebagai langkah proaktif yang mampu memanfaatkan kekuatan rangkaian penerbangan serta keupayaan pemasaran syarikat itu di peringkat serantau.
Sumber: inforakyat.kelantan.my