KelantanNegeri

SPM 2025: 97.84 peratus pelajar YIK lulus, 41 sekolah capai 100 peratus

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 31 Mac – Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila merekodkan kadar kelulusan penuh 97.84 peratus, dengan 41 buah sekolah mencapai keputusan 100 peratus.

Pengumuman rasmi itu disampaikan Timbalan Exco Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Mohamad dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Islam Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 4,813 calon daripada 83 sekolah YIK menduduki peperiksaan SPM tahun ini, berbanding 5,090 calon pada tahun sebelumnya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️