Perak

Ziarah takziah di Bagan Serai, santuni keluarga anak istimewa yang kembali ke rahmatullah

Bagan Serai – Suasana hiba menyelubungi sebuah keluarga di Kg Baru, Bagan Serai apabila kehilangan anak bongsu mereka, seorang anak istimewa (OKU) berusia 31 tahun yang telah kembali ke rahmatullah.

Walaupun yang pergi merupakan anak bongsu, namun kesedihan yang dirasai oleh ibu bapa yang telah lama memelihara dan membesarkannya amat mendalam. Kehilangan tersebut pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh keluarga yang telah lama mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada anak istimewa itu.

Dalam kesempatan tersebut, penulis bersama isteri sempat menziarahi keluarga berkenaan bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Khairul Azrin bin Sharie.

Ketika menenangkan keluarga yang berduka, mereka diingatkan bahawa anak istimewa seperti ini insya-Allah merupakan anak syurga, yang akan menunggu kedua ibu bapanya di syurga kelak sebagai ganjaran atas kesabaran dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang hayatnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan mengurniakan kesabaran serta ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️