🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Perak

Ziarah ramadan santuni 15 keluarga di Kg Kedai Dua dan sekitar

Bukit Gantang – Program ziarah Ramadan diteruskan dengan menyantuni beberapa keluarga di sekitar Kg Kedai Dua, Parit Haji Husin dan Taman Serai Jaya, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah.

Sebanyak 15 buah rumah telah diziarahi dalam program tersebut sebagai usaha mendekati masyarakat serta bertanya khabar khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Melalui kunjungan tersebut, rombongan berpeluang melihat sendiri keadaan keluarga yang diziarahi dari dekat. Kebanyakan daripada mereka juga merupakan keluarga yang pernah diziarahi sebelum ini, sekali gus menjadikan pertemuan semula itu lebih bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturrahim.

Ziarah tersebut turut membuka ruang untuk saling bertanya khabar serta berkongsi perkembangan semasa, di samping menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Haji Halim, Abang Din selaku Ketua Cawangan PAS Kedai Dua, serta Ustazah Rohaya, Ustazah Mukminah dan Ustazah Asiah yang bersama-sama membantu menjayakan program ziarah pada hari ini.

Diharapkan usaha kecil ini dapat menjadi asbab menguatkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat serta menyuburkan lagi semangat berkongsi rezeki dan kebajikan sepanjang Ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️