🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Situasi Pelajar Terengganu di Asia Barat Terkawal

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu memantau rapat tahap keselamatan mahasiswa kelahiran negeri itu yang sedang menuntut di Asia Barat bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terus terpelihara berikutan situasi ketegangan semasa di rantau berkenaan.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan yang timbul dan telah menggerakkan tindakan susulan bersama agensi yang berkaitan bagi memantau kedudukan wakil pelajar secara terus.

“Ada (pelajar) yang telah menghubungi pihak kedutaan dan Yayasan Terengganu secara terus. Kita (kerajaan negeri) juga berhubung secara langsung dengan Wisma Putra dan pihak berkenaan yang lain bagi membolehkan kita memberi nasihat sewajarnya kepada pelajar untuk keluar daripada kemelut tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan Tahun 2026 di Duyong Marina Resort, di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Samsuri mengesahkan bahawa buat masa ini situasi pengurusan pelajar sentiasa terkawal dan tiada perkara luar biasa yang dilaporkan.

Bagi perancangan dan pelaksanaan tindakan, penyelarasan bersepadu kini digiatkan antara Yayasan Terengganu, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), serta pihak kedutaan di lokasi terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️