🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Perak

PAS Perak perhebat penerangan, lancar podcast dan program pengukuhan parti

KENYATAAN MEDIA
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK

13 Mac 2026

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Bil. 6/2025-2027 yang diadakan pada 10 Mac 2026 di Pejabat Perhubungan PAS Perak, Ipoh telah membincangkan beberapa keputusan penting seperti berikut:

• Konvensyen PAS Perak 2026 dicadangkan pada 9 Ogos 2026 di Zon Utara.

• Setiap cawangan diminta menetapkan 5 pembeli tetap Harakah bercetak bagi setiap keluaran bermula Mac 2026 bagi menyokong operasi akhbar Harakah.

• PAS Perak akan mengadakan lawatan rasmi ke beberapa agensi media seperti RTM Perak, Sin Chew Daily, New Straits Times, Sinar Harian, BERNAMA dan Ipoh Echo bagi mengeratkan hubungan dengan pengamal media.

• Pelaksanaan Program Pemantapan Pengurusan Organisasi melibatkan Ketua dan Setiausaha Cawangan bagi memperkemaskan pentadbiran parti.

• Podcast PAS Perak akan dilaksanakan secara berkala setiap bulan bagi membincangkan isu semasa serta pandangan pimpinan terhadap isu rakyat.

• Mesyuarat Agung Tahunan PAS di semua peringkat akan bermula dari 1 April hingga Julai 2026, manakala Muktamar Tahunan PAS Pusat dijadualkan pada 4–5 September 2026 di Kelantan.

• Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Perak akan diadakan pada 5 April 2026 di KIDAM, Malim Nawar dengan PAS Kawasan Kampar sebagai tuan rumah dan terbuka kepada semua masyarakat.

• Semua kawasan diminta membawa 15% kutipan Tabung Subuh kawasan sempena Program Badar Kubro Negeri pada 14 Mac 2026 di KOTADAR.

PAS Perak komited memperkukuhkan organisasi serta mempergiatkan program penerangan dan tarbiyah demi memastikan perjuangan Islam terus diperkasa di negeri Perak.

“Islam Memimpin Perubahan”

YB Datuk Ustaz Hj Idris bin Ahmad
Pesuruhjaya
PAS Negeri Perak
Ahli Parlimen Bagan Serai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️