🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Pahang

Pek sahur hargai wira malam 

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN, 11 MAC – Sebanyak 350 pek makanan sahur diedarkan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada waktu malam dalam program Singgah Sahur di kawasan DUN Beserah dan DUN Semambu, di sini awal pagi tadi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Dato’ Andansura Rabu yang mengetuai program tersebut berkata, tujuan utama Singgah Sahur adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang terus berkhidmat menjaga keamanan negara walaupun ketika masyarakat lain sedang berehat.

Menurut beliau, agihan makanan tersebut melibatkan anggota daripada beberapa agensi keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Program ini merupakan tradisi yang telah diusahakan sejak lebih 10 tahun setiap kali Ramadan tiba sebagai tanda ingatan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan atas khidmat bakti mereka kepada rakyat dan negara tanpa mengira masa,” katanya.

Program berkenaan turut disertai pegawai Pusat Khidmat DUN Beserah serta anggota Jabatan AMAL PASKIM yang membantu dalam pengagihan pek sahur kepada anggota yang bertugas pada malam tersebut.

“Kita mendoakan agar semua anggota keselamatan sentiasa dilindungi Allah SWT serta segala khidmat bakti mereka diterima sebagai amal kebaikan yang diberi ganjaran berlipat ganda, khususnya dalam bulan Ramadan ini,” ujarnya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️