🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Pahang

Kasih masyarakat sinari masa depan anak yatim

Oleh : HABSAH ALI

MELAKA, 11 Mac – Masa depan anak-anak yatim akan lebih cerah apabila mereka terus dikelilingi sentuhan kasih sayang dan keprihatinan masyarakat yang tidak pernah melupakan kebajikan mereka, kata Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor.

Tambah beliau, anak-anak yatim perlu yakin bahawa masih ramai yang mengambil berat serta sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

“Anak-anak, jangan berasa tersisih. Teruskan belajar bersungguh-sungguh, berusaha mencapai cita-cita dan jadilah insan yang berjaya serta memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Salamiah berkata demikian ketika merasmikan Program Meraikan Anak Yatim yang melibatkan seramai 90 orang anak yatim serta penyampaian Sumbangan Kasih Ramadan (SKR) kepada golongan asnaf di Kompleks Pendidikan Bukit Lintang, Ayer Molek Melaka, di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga sebagai Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia berkata, majlis seumpama itu bukan sekadar perhimpunan biasa, sebaliknya menjadi lambang kasih sayang dan keprihatinan masyarakat dalam memastikan anak-anak ini terus mendapat perhatian, sokongan dan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Beliau berharap usaha kebajikan seperti itu dapat diteruskan bagi mengeratkan ukhuwah masyarakat serta membawa kegembiraan kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia.

Salamiah turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan termasuk para penyumbang yang menghulurkan bantuan.

Program tersebut dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim dan golongan asnaf di samping berkongsi kegembiraan menjelang Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️