KelantanNegeri

2,000 muslimat meriahkan Program Nur Ramadan Wanita Peringkat Negeri Kelantan

Oleh: Syamimi Manah

KUBANG KERIAN, 27 Februari  – Seramai 2,000 muslimat dari seluruh negeri termasuk dari Gua Musang dan Jeli hadir memeriahkan Program Nur Ramadan Wanita Peringkat Negeri Kelantan 1447H/2026M.

Program kerohanian anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan itu berlangsung di Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, semalam.

Dalam ucapan perasmian, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir sebagai tanda sokongan dan semangat mengimarahkan Ramadan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada 2,000 muslimat yang hadir, ada yang datang dari jauh seperti Gua Musang dan Jeli. Tahniah kepada semua. Insya-Allah ganjaran di sisi Allah SWT amat besar,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️