Madinah Ramadan beri peluang warga bandar berjemaah imarahkan Ramadan – MB Kelantan
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 27 Februari – Kerajaan Negeri Kelantan mewujudkan program Madinah Ramadan dengan menganjurkan solat sunat tarawih di tengah-tengah bandar bagi memberi ruang dan peluang kepada warga kota mengimarahkan bulan Ramadan secara berjemaah.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata penganjuran program itu bertujuan membuka peluang kepada penduduk sekitar untuk bersama-sama menunaikan solat tarawih selain menghidupkan budaya tadarus al-Quran sepanjang Ramadan.
Katanya, program berkenaan mendapat sambutan masyarakat tempatan dan turut menarik kehadiran jemaah dari luar Kelantan yang ingin merasai kemeriahan suasana Madinah Ramadan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my