KelantanNegeri

Terminal Dua LTSIP dibuka sepenuhnya hari ini, operasi berjalan lancar

Oleh : Asri Hamat

KOTA BHARU, 19 Februari – Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) beroperasi sepenuhnya hari ini, sekali gus meningkatkan kapasiti serta tahap keselesaan kepada pengguna lapangan terbang berkenaan.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Saizol Ismail berkata walaupun masih terdapat beberapa aspek teknikal yang belum disiapkan sepenuhnya, namun operasi terminal baharu itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, setakat hari ini kita dapati operasi berjalan dengan baik. Kemudahan yang disediakan amat selesa dan ruang letak kereta mencukupi untuk kegunaan penumpang yang mencecah sehingga 10,000 orang sehari,” katanya ketika ditemui  selepas mengadakan lawatan sempena pembukaan terminal dua LTSIP, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️