34 projek dalam pembinaan dan perancangan, atasi isu air Kelantan
Oleh: Norzana Razaly
KOTA BHARU, 19 Februari – Sebanyak 34 projek kini dalam pembinaan dan perancangan bagi mengatasi isu air di Kelantan.
Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Saizol Ismail memaklumkan bahawa setakat ini, 13 projek sudah siap, manakala sembilan projek dalam pembinaan, 16 projek dalam proses reka bentuk manakala sembilan lagi dalam perancangan.
Menurutnya, daripada jumlah projek berkenaan kebanyakan projek dijangka siap pada 2028, manakala dua projek sahaja dijangka siap 2030.
“Projek berkenaan termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di beberapa daerah di negeri ini dan insya Allah masalah air boleh diatasi,” katanya di Majlis Mesra Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Bersama Media Kelantan pada Ahad.
Sumber: inforakyat.kelantan.my