KelantanNegeri

Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina perkukuh perpaduan masyarakat di Kelantan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 10 Februari – Sambutan Kebudayaan Tahun Baharu Cina 2026 yang berlangsung di sebuah pasaraya di Kota Bharu pada Ahad menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta memupuk kefahaman antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad berkata, program berkenaan meraikan perayaan dan berperanan sebagai ruang untuk rakyat saling mengenali budaya, menghormati kepelbagaian serta mengukuhkan keharmonian sosial.

Menurutnya, penganjuran program seumpama itu selari dengan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh semangat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️