KelantanNegeri

Kes Tibi di Kelantan terkawal, kerajaan negeri pandang serius penyakit berjangkit

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 9 Februari – Kes penyakit tibi (TB) di Kelantan dilaporkan masih terkawal walaupun beberapa kluster dikesan di negeri ini pada penghujung tahun lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata kerajaan negeri memandang serius sebarang penyakit berjangkit termasuk tibi dan tindakan segera diambil sebaik sahaja kes dikesan.

Menurutnya, pesakit tibi akan menjalani rawatan intensif termasuk pengambilan antibiotik khas selama enam bulan tanpa henti bagi memastikan kuman tibi dapat dihapuskan sepenuhnya.

β€œSekiranya rawatan tidak dihabiskan dalam tempoh ditetapkan, kuman tibi sukar dihapuskan dan boleh menyebabkan jangkitan berulang serta penularan kepada orang lain.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️