KBMC sedia rawatan kanser, ICU dan teknologi perubatan terkini
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA BHARU, 9 Februari – Kota Bharu Medical Centre (KBMC) yang sedang giat dibangunkan bakal menyediakan perkhidmatan rawatan kanser, unit rawatan rapi (ICU) serta teknologi perubatan terkini apabila mula beroperasi selewat-lewatnya menjelang penghujung tahun 2026.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, hospital swasta terbesar di Kelantan itu akan dilengkapi kemudahan moden termasuk mesin pengimejan perubatan seperti MRI dan CT scan bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak ke projek pembinaan Bangunan Baharu KBMC bersama Timbalan Exco Dato’ Abd Rahman Yunus, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dato’ Dr Mohd Azman Yacob, CEO KBMC Encik Mohd Nazri Yaacob, pasukan CKAPS Kelantan serta pegawai daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my