UPKN perlu terus hasilkan kandungan berimpak, mudah dipasar dan dinanti rakyat
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 29 Januari – Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN) perlu terus berperanan lebih strategik dengan memastikan setiap produk, penerbitan dan kandungan penerangan kerajaan mampu dipasarkan secara berkesan kepada seluruh rakyat Kelantan, sekali gus menjadikan hasil kerjanya sentiasa relevan dan dinanti-nantikan oleh rakyat.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata, keupayaan mengurus serta menyampaikan maklumat secara tersusun, berfakta dan berimpak amat penting dalam landskap komunikasi semasa yang semakin mencabar dan pantas berubah.
βKita kini berdepan suasana yang mencabar dan menuntut kebijaksanaan dalam pengurusan maklumat. Setiap kejayaan dan pencapaian kerajaan negeri mesti ditularkan kepada rakyat dengan cara yang jelas, tersusun dan mudah difahami,β katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pertemuan dan Amanat Exco kepada Kakitangan UPKN 2026 sempena awal tahun 2026 di bilik mesyuarat UPKN, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my