Program Dapur Hijau perkukuh keterjaminan makanan isi rumah
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 29 Januari – Program Dapur Hijau yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Kelantan dilihat sebagai satu inisiatif berkesan dalam memperkukuh keterjaminan makanan isi rumah.
Program tersebut dirangka secara khusus bagi menggalakkan penanaman sayur-sayuran dan tanaman makanan di sekitar rumah secara mudah serta berterusan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Datoβ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, program berkenaan memberi tumpuan khas kepada golongan wanita, suri rumah dan keluarga berpendapatan rendah dengan pendedahan kepada teknik penanaman yang praktikal dan berskala kecil.
Sumber: inforakyat.kelantan.my