Kemajuan ECRL jajaran Kelantan capai 96.67 peratus
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 29 Januari 2026 – Pembinaan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 43 kilometer di negeri Kelantan telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 96.67 peratus sehingga Disember 2025.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin berkata Kerajaan Negeri berpuas hati dengan perkembangan semasa projek tersebut.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerajaan negeri melihat kemajuan yang hampir siap ini sebagai satu petanda jelas bahawa projek ECRL di Kelantan dilaksanakan dengan teratur, tersusun dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: inforakyat.kelantan.my