KelantanNegeri

MB Kelantan ziarah mangsa kebakaran, pastikan kebajikan sewajarnya disalur

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 28 Januari – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menzahirkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan mangsa kebakaran dengan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga terlibat di lokasi kejadian di Jalan Tok Guru, Kota Bharu, di sini.

Dalam lawatan tersebut, beliau menziarahi Norhaeda Azhar, 51, antara mangsa yang kediamannya terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada petang Ahad lalu. Insiden itu turut mengorbankan seorang warga emas, Fatimah Mat Said, 89, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas rumahnya musnah sepenuhnya.

Menteri Besar berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kebakaran berkenaan melibatkan dua buah rumah, dengan sebuah daripadanya musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus daripada struktur asal.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️