Nama srikandi Islam jadi identiti pasar-pasar di Kelantan
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Dato’ Mumtaz
TUMPAT, 28 Januari – Penjenamaan pasar-pasar di Kelantan dengan nama srikandi Islam seperti Pasar Siti Fatimah, Siti Hajar, Siti Khadijah, Siti Sarah dan Pasar Sumayyah telah menjadi identiti unik negeri ini, sekali gus mencerminkan peranan penting wanita sebagai penggerak utama ekonomi setempat, khususnya dalam sektor perniagaan kecil dan pasar tradisional.
Perkara itu dizahirkan oleh Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi sempena Program Menyantuni Peniaga-Peniaga Pasar Sumayyah Tumpat anjuran Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) Tumpat, yang berlangsung di Pasar Sumayyah, Bandar Bentara, di sini, pada Sabtu.
“Di Kelantan ni nama-nama pasar guna nama wanita, misalnya Pasar Siti Fatimah, Siti Hajar, Siti Khadijah, Pasar Sumayyah.” katanya ketika ditemui semasa program berkenaan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my