KelantanNegeri

Rumah Pam Utama Kemubu siap pada Februari, legakan lebih 4,000 pesawah

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 27 Januari – Pembinaan Rumah Pam Utama Kemubu (Rumah Pam 4) seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan dan memberi kelegaan kepada lebih 4,000 pesawah di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pembinaan rumah pam itu kini hampir siap dan ujian telah dijalankan melibatkan beberapa unit pam utama bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik sebelum digunakan sepenuhnya.

“Dengan siap dan beroperasinya Rumah Pam Kemubu 4, keperluan air untuk proses penanaman padi dapat ditampung, khususnya ketika kebanyakan benih padi sudah ditabur dan sebahagian lagi tertangguh akibat kekurangan air,” katanya menerusi media sosial pada Isnin.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️