KelantanNegeri

475 guru YIK terima Anugerah Guru Terbaik GPMP 2024

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA BHARU, 27 Januari – Sebanyak 475 guru sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerima Anugerah Guru Terbaik Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Menengah Tahfiz al-Quran (SMTQ), Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2024.

Majlis Apresiasi dan penyampaian anugerah Guru Terbaik GPMP itu disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat di Dewan Besar YIK, Tunjong, di sini, pada Isnin.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Wan Roslan berkata majlis berkenaan merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri serta YIK terhadap usaha dan kesungguhan warga pendidik yang menjadi tunjang kepada pembangunan pendidikan Islam di Kelantan.

Katanya, para guru memikul amanah besar dalam membina generasi masa hadapan negeri ini, khususnya dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi ilmu, akhlak dan sahsiah.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️