Aktiviti borong di Pasar Siti Aisyah Jelawat pindah ke Pasar Bandar Baru Jelawat mulai 1 Februari 2026
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media MDB-BPI
BACHOK, 22 Januari – Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI) memaklumkan semua aktiviti pemborongan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di Pasar Siti Aisyah Jelawat akan dipindahkan ke Pasar Bandar Baru Jelawat berkuat kuasa 1 Februari 2026.
Menerusi media sosial Ahad lalu, MDB-BPI menyatakan pemindahan itu bagi menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih selesa dan kemudahan yang lebih bai kepada pemborong dan pembeli.
Menurut kenyataan itu juga, penempatan baharu berkenaan dijangka dapat melancarkan urusan jual beli, menarik lebih ramai pengunjung serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat di Daerah Bachok.
Sumber: inforakyat.kelantan.my