KelantanNegeri

Dua pemimpin Serambi Mekah bertemu demi kemanusiaan sejagat

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 18 Januari – Pertemuan pemimpin dua wilayah yang dikenali sebagai Serambi Mekah di Nusantara – Kelantan dan Aceh, mengangkat hubungan sejarah dan persaudaraan serantau, sekali gus menyerlahkan solidariti kemanusiaan sejagat menerusi kunjungan mahabbah delegasi Kerajaan Negeri Kelantan ke Aceh, Indonesia pada 15 hingga 19 Januari.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, ketibaan beliau di Aceh telah disambut oleh wakil Gabenor Acheh Drs. Muhammad Diwarsyah.

Menurutnya, hubungan Aceh dan Kelantan telah terjalin sejak sekian lama melalui jalur perdagangan Selat Melaka serta peranan penting dalam penyebaran Islam di rantau nusantara, yang membentuk asas kekuatan peradaban dan kebudayaan umat Melayu-Islam sehingga ke hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️