MB Kelantan ketuai delegasi agih sumbangan kepada mangsa banjir Aceh
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
KOTA DARULNAIM, 18 Januari – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan bantuan yang disumbangkan oleh rakyat Kelantan kepada mangsa banjir di Kampung Gunting, Pidie Jaya Aceh, pada Sabtu.
Sehubungan itu, Bupati Pidie Jaya Aceh H. Sibral Malasyi mengakui bahawa sokongan berterusan rakyat Malaysia khususnya Kelantan terhadap Aceh amat dihargai oleh masyarakat setempat yang kini sedang bangkit selepas dilanda bencana banjir lumpur besar di wilayah kepulauan Sumatera, Indonesia.
Sumber: inforakyat.kelantan.my