KuKeS angkat citra Kelantan, perkukuh perpaduan masyarakat – Dato’ Tuan Ibrahim
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 18 Januari – Karnival Kubang Kerian Sejahtera (KuKeS) yang berlangsung selama empat hari di Mydin Mall Tunjong dari 14 hingga 17 Januari lalu berjaya menjadi platform yang mengetengahkan citra negeri Kelantan serta memperkukuh perpaduan masyarakat melalui pelbagai pengisian bermanfaat kepada semua lapisan rakyat.
Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penganjuran KuKeS memberi ruang kepada aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan menggabungkan elemen agama, tradisi, budaya dan seni.
Sumber: inforakyat.kelantan.my