KelantanNegeri

Kemasukan tingkatan satu sekolah YIK 2026 meningkat 2.9 peratus

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 13 Januari – Kemasukan murid tingkatan satu di sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi sesi persekolahan tahun 2026 mencatatkan peningkatan sebanyak 169 pelajar atau bersamaan 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan bahawa analisis hari pertama persekolahan pada tahun ini menunjukkan perkembangan positif bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaan YIK.

Menurutnya, jumlah keseluruhan pelajar tingkatan satu pada tahun 2025 adalah sebanyak 5,676 orang, manakala bagi tahun 2026, bilangan pelajar telah meningkat kepada 5,845 pelajar.

“Peningkatan ini memperlihatkan keyakinan berterusan ibu bapa terhadap sistem pendidikan YIK” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️