KelantanNegeri

Kelantan cadang laksana sistem pengenalpastian ternakan bersepadu

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 13 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan bercadang melaksanakan Sistem Pengenalpastian Ternakan menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) secara bersepadu membabitkan beberapa agensi utama kerajaan negeri dan Persekutuan.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail,berkata pelaksanaan sistem itu akan melibatkan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan (JPVNK).

Menurutnya, sistem berkenaan dijangka mampu memperkukuh aspek biosekuriti, mempercepatkan pengesanan penyakit ternakan serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan MAQIS dan JPVNK, khususnya di pintu masuk sempadan negeri.

“Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan perlu diperhalusi di pelbagai peringkat bagi memastikan kesediaan semua pihak, selain menyokong keperluan pasaran domestik dan eksport melalui sistem pengurusan ternakan yang lebih telus, berintegriti dan berasaskan data,” katanya menerusi media sosial pada Isnin.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️