Insentif Khas Taska pastikan kebajikan kanak-kanak terus terpelihara
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 13 Januari – Kerajaan Negeri terus memberi perhatian serius terhadap kebajikan dan keselamatan kanak-kanak di taska melalui pemberian Insentif Khas Taska yang berbentuk bantuan kewangan sebagai usaha memperkukuh sistem pengurusan pusat asuhan.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya bersama pengarah serta pegawai-pegawai Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) telah turun padang menyantuni beberapa penerima Insentif Khas Taska bagi tahun 2025 di daerah Bachok pada 11 Januari lalu.
Sumber: inforakyat.kelantan.my