KelantanNegeri

TMM2026: Kelantan-Sabah Tourism Board jalin langkah strategik pelancongan dua hala

Oleh: Fathi Ariffin

KOTA KINABALU, 6 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor mengadakan lawatan rasmi ke Sabah Tourism Board (STB) sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama pelancongan antara dua negeri, khususnya menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Menurut Datuk Kamarudin, lawatan tersebut bertujuan menjalankan kajian penanda aras berhubung model penubuhan dan pengurusan badan berkanun pelancongan negeri yang telah dilaksanakan di Sabah, di samping membuka ruang perbincangan dua hala berkaitan tadbir urus pelancongan, strategi pemasaran serta pengurusan destinasi.

β€œPemain industri pelancongan Kelantan pun aktif berinteraksi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelancong dari Sabah,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️