Kerajaan Kelantan arah tindakan segera ganti titi gantung Lata Rek
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media YB Abdul Latif Abdul Rahman
KOTA DARULNAIM, 3 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap semua mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan sebuah titi gantung di Kampung Chatel, Lata Rek, Kuala Krai pada Jumaat lalu.
Insiden itu mengakibatkan beberapa orang awam cedera serta menjejaskan akses harian penduduk setempat.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan memastikan tindakan segera diambil bagi menjamin keselamatan penduduk serta kemudahan awam di kawasan itu.
Sumber: inforakyat.kelantan.my