NegeriTerengganu

Pemilihan PAS Tekankan ‘Taklif’ Tolak Budaya Lobi

ALOR SETAR – Pemilihan kepimpinan PAS berlangsung dengan mengekalkan budaya politik bersih apabila tiada sebarang kempen, jamuan, poster, politik wang mahupun lobi dijalankan sepanjang proses tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato Dr Azman Ibrahim, berkata perwakilan Muktamar PAS Pusat cukup matang dalam membuat pilihan, malah jawatan dalam PAS dianggap sebagai taklif (tanggungjawab) bukannya tasyrif (kemuliaan).

“Perwakilan Muktamar PAS Pusat sudah cukup matang serta tahu menilai untuk memilih dan memberikan amanah berat ini kepada saf pimpinan.

“Dalam PAS kita diajar beristighfar bila diberikan amanah. Alhamdulillah, jika kita tak dipilih,” jelasnya dalam media sosial, pada hari ini.

Beliau yang sekali lagi ditaklifkan dalam Muktamar PAS Pusat 2025/2027 menegaskan prinsip itu adalah bukti kesungguhan PAS menolak perebutan kuasa demi memelihara perjuangan Islam.

“Bermula dari Muktamar di Kedah 2017/2019, Muktamar di Pahang 2019/2021, Muktamar di Terengganu 2021/2023, Muktamar Shah Alam 2023/2025.

“Dan terkini Muktamar di Kedah 2025/2027, hamba (saya) yang kerdil ini ditaklifkan sekali lagi dengan amanah berat menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️