‘Malaysia Madani’ Hanya Slogan Tipu Rakyat
ALOR SETAR – Kerajaan yang memerintah hari ini hanya menjadi tema ‘Malaysia Madani’hanya sekadar slogan untuk menipu rakyat.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia juga tanpa haluan dan petunjuk.
Malah katanya, tema itu juga disempitkan sekadar secebis bumi kecil Malaysia di dalam dunia yang luas.
“Madani yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia.
“Rasulullah SAW ialah teladan terbesar pada akhir zaman, ketika manusia dikurniakan kemajuan ilmu sehingga menghubungkan seluruh manusia di alam dunia terkini, “ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan Ucapan Dasar Presiden :” Kembali Kepada Penyelesaian Islam”, di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Allah SWT katanya, telah menjadikan manusia makhluk yang bertamadun secara fitrah dan thabit.
“Ibnu Khaldun dalam (kitab) al-Muqadimah manusia itu secara tabiinya bersifat Madani.
“Bermaksud manusia perlu bermasyarakat, tidak boleh bersendirian bagi memenuhi kehidupannya, berkumpul, berilmu, dan bertamadun dengan panduan al-din.
“Bukan sekadar bermayarakat madani tanpa panduan, kerana Allah menguji manusia sama ada memilih jalan Islam ataupun jalan yang lain,” tegas beliau.
PAS Sedia Pimpin Masyarakat Majmuk
Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menegaskan,PAS bersedia memimpin Malaysia yang bermasyarakat majmuk, berpegang pada keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan pentafsiran Islam yang sebenar (al-din) tanpa meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain.
Katanya, hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan harmoni dan selamat.
“Maka, inilah komitmen yang akan terus dipegang oleh PAS sebagai suatu janji kepada rakyat bukan Islam.
“Islam mendahulukan pendamaian dan persaudaraan tanpa paksaan dalam beragama, walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.
“Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua,” ujarnya.
Tuan Guru menyatakan penganut agama lain akan dibenarkan untuk melaksanakan apa sahaja yang diizinkan oleh agama mereka dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam.
“Di samping Islam juga menyuruh umatnya menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara akidah ketuhanan,” jelas beliau.