🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Muslimat Seru Seluruh Kepimpinan Hadir Ijtima’

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menyeru seluruh kepimpinan Muslimat di semua peringkat, daripada negeri hingga ke cawangan, untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri yang berlangsung di Besut pada 2 Ogos ini.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, himpunan tahunan ini dilihat sebagai platform penting untuk merapatkan saff, menyatukan fikrah dan memperkemaskan gerak kerja jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Insya Allah, kita tunggu dan lihat kebanjiran pimpinan-pimpinan muslimat pada 2 Ogos ini.

“Selain itu, ia juga menjadi medan untuk mendapatkan maklumat politik semasa secara tepat, khususnya membabitkan perkembangan di negeri Terengganu,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Beliau menambah, program sehari itu bakal menyaksikan perbahasan dan ucapan daripada pimpinan PAS, Pemuda, Dewan Muslimat, Ulamak serta wakil Ameerah, yang diharap dapat memberi suntikan semangat dan hala tuju yang jelas kepada seluruh jentera Muslimat.

“Marilah kita sama-sama bergerak ke Besut bagi menjayakan Ijtima’ Kepimpinan Negeri ini sebagai langkah pemantapan perjuangan PAS,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️