BeritaPulau Pinang

​Program Sambutan Ulang Tahun Pas Cawangan Taman Impian Bukit Mertajam

Oleh : Unit Media PAS Kawasan Bukit Mertajam
Pas Cawangan Taman Impian Bukit Mertajam Pulau Pinang telah mengadakan satu program Hi-Tea sempena ulang tahun ke 10 PAS cawangan tersebut

Program yang bermula sekitar jam 3 petang dimulai dengan ucapan Aluan dari Ketua Pas Cawangan Taman Impian, Saudara Hussain Sazlan. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih serta mengalukan semua yang terlibat dalam menjayakan program Hi-Tea tersebut.

Saudara Norazman Ishak , Timbalan YDP PAS Kawasan Bukit Mertajam yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang dalam ucapannya berharap ahli PAS dapat memaksimakan seluruh jentera dan berkerja dengan lebih kuat bagi menghadapi PRU akan datang.

Ustaz Aiman Syamsul Bahrin, AJK Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang dalam ucapan beliau mengajak hadirin mengimbau kembali Sirah Nabi dimana Nabi Muhammad SAW bersusah payah demi menyampaikan ISLAM.

Perasmi jemputan Ustaz Hj Sidek Nor, Ketua Dewan Ulama PAS Perak dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru supaya setiaap ahli PAS sentiasa wala’ kepada pimpinan. Beliau juga menyeru supaya ahli PAS tidak terlibat dalam budaya fitnah dan lebih menumpukan kerja bagi memantapkan parti PAS.

Sebelum mengakhiri program tersebut, Tuan Guru Hj Sidek Nor turut diberi penghormatan bagi melancarkan Jentera Pilihanraya PAS Cawangan Taman Impian yang diamanahkan untuk menggerakan jentera JPRU bagi Daerah Mengundi Permatang Tinggi yang merupakan salah satu daerah mengundi bagi DUN N 014 Machang Bubok.

Program yang diadakan berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan dari penduduk dan penyokong PAS. Program berakhir sekitar jam 5 petang

Nuqaba’ terus diperkasakan untuk pimpin usrah

Artikel PAS Pulau Pinang

Ziarah Medik 3.0 jengah pesakit Dun Sbrg Jaya

Artikel PAS Pulau Pinang

Street Dakwah santuni warga Kepala Batas

tdBlocksArray.push(Terkini

Pertolongan Allah Datang Berdasarkan Niat

26/02/2021

Beristiqamah: Menolak Golongan Pelampau, Oportunis Dan Pengundang Campur Tangan Asing

26/02/2021

Rohingya: A Pawn in The Grand Political Scheme

26/02/2021

Tadabbur Surah As-Saff: Siri 9

26/02/2021Copyright Β© 2020 PAS Pusat. All Rights Reserved. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat dan diselenggara oleh Team CPP PAS Malaysia. Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel 03-26925000. Fax 03-26938399. www.pas.org.my .white-popup-block:before { background-image: url(‘https: in_page' // if (

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️