πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Hari Ini Dalam SejarahWilayah Persekutuan

Hari ini dalam sejarah : Perasmian terowong dan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur

7 JANUARI 1978 (SABTU)

PADA hari ini dalam tahun 1978, Terowong dan Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya kepada lalu lintas oleh Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Datuk Haji Abdul Ghani Gilong.

Terletak di banjaran Titiwangsa, lebuh raya ini menghubungkan kawasan di antara Gombak, Selangor dan Genting Sempah, Pahang.

Lebuh raya yang menelan belanja sebanyak RM136.4 juta ini merupakan laluan alternatif kepada Jalan Gombak-Bentong yang sempit dan bengkang bengkok.

Lebuh raya pertama dibina di Malaysia ini mempunyai mempunyai sebuah terowong sepanjang 950 meter di Genting Sempah yang merupakan sebahagian daripada projek pembinaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Pada peringkat awal pembinaan, terowong ini merupakan terowong tunggal dengan dua lorong sahaja sebelum terowong tambahan dibina pada tahun 1995. Pembinaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ini dapat memendekkan perjalanan di antara Kuala Lumpur dengan negeri-negeri di Pantai Timur.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️