🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam SejarahJohor

Hari ini dalam sejarah : Pentadbiran Jepun di Johor mengarahkan kakitangan kerajaan bercucuk tanam

7 JANUARI 1942 (RABU)

PADA hari ini dalam tahun 1942, pentadbiran Jepun di Johor telah mengarahkan kakitangan kerajaan bercucuk tanam. Arahan keras ini telah dikeluarkan akibat kekurangan barang makanan dan kadar inflasi yang amat tinggi.

Di samping itu juga pihak Jepun berharap agar usaha kakitangan kerajaan bercucuk tanam dapat dicontohi oleh orang ramai.

Arahan bercucuk tanam ini merupakan satu paksaan ke atas kakitangan kerajaan. Mereka dimestikan bercucuk tanam sekurang-kurangnya sejam tiap-tiap hari sama ada di waktu pagi sebelum pergi bekerja atau di sebelah petang selepas kelas bahasa Jepun.

Kakitangan yang ingkar mematuhi arahan ini akan dipotong catuan beras mereka. Jenis tanaman yang digemari ialah ubi kayu dan sayur-sayuran kerana kedua-dua jenis tanaman ini dapat mengeluarkan hasil dengan cepat.

Selain daripada kakitangan kerajaan, penduduk Johor yang lain juga dipaksa bercucuk tanam. Setiap orang, termasuk perempuan dan kanak-kanak dipaksa mengusahakan kebun seluas 1 hektar seorang. Mereka yang ingkar akan dihukum berat dan dianggap sebagai musuh Jepun.

Jepun juga memperkenalkan sistem pertanian berkelompok. Dalam sistem ini berpuluh-puluh orang dipaksa membuka kawasan baharu untuk pertanian.

Sebuah kawasan di Endau telah dibuka dan dikenali sebagai New Syonan Colony khas untuk penempatan semula orang-orang Cina dari Singapura.

Walau bagaimanapun arahan dan paksaan bertani ini tidak berjaya. Rakyat terus mengalami kesusahan dan kelaparan sehingga ke akhir zaman pemerintahan Jepun.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️