🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah : Perlaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia untuk darjah satu di seluruh Malaysia

5 JANUARI 1970 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1970, bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran darjah satu di sekolah-sekolah rendah aliran Inggeris telah ditukarkan ke Bahasa Malaysia.

Penukaran ini sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama di semua sekolah di Malaysia.

Sistem pelajaran di Malaysia mempunyai empat bahasa pengantar di peringkat rendah iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dan dua bahasa pengantar di peringkat menengah dan menengah lanjutan iaitu Melayu dan Inggeris.

Untuk mengatasi kerumitan ini dan untuk melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan, mulai dari tahun 1970 semua mata pelajaran, selain Bahasa Inggeris, di darjah satu bagi Sekolah-Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris diajar dalam Bahasa Malaysia.

Perubahan itu telah bermula semenjak bulan Januari 1968 apabila lima matapelajaran dalam bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Kebangsaan. Mulai Januari 1970, semua mata pelajaran di darjah satu diajar dalam Bahasa Malaysia.

Melalui perubahan yang beransur-ansur ini, pada 1975, semua kelas di peringkat sekolah rendah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan pada tahun 1982 di peringkat sekolah Menengah. Manakala pada tahun 1983 pula semua Universiti tempatan mula menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarnya.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️