🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Melaka

Terkini: KM Melaka gerakkan jentera bantuan serta-merta – Puhat

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 5 Jan : Pengarah Khidmat Malaysia (KM) Melaka, Muhamat Puhat Bedol pagi ini telah mengeluarkan arahan untuk menggerakkan jentera bantuan bagi membantu negeri-negeri yang kini terjejas banjir di samping menghadapi apa-apa kemungkinan bencana banjir di Negeri Melaka.

Menurut beliau, ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia Pusat melalui surat bertarikh 4 Januari yang ditandatangani oleh Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat, Zakaria Latif berkaitan perkara ini.

“Khidmat Malaysia Negeri Melaka sedang berhubung dengan KM Pusat untuk segala gerak kerja bantuan kepada negeri-negeri yang terlibat di dalam bencana banjir 2021 iaitu Negeri Pahang, Negeri Johor, Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu.

“Mohon segala badan atau jabatan dalam PAS Melaka yang terlibat secara langsung kepada bencana alam ini samada yang khusus dalam perubatan, menyelamat dan kerja-kerja kebajikan lain bersiap siaga dalam segala keperluan tenaga, peralatan dan kewangan.

“Insya-Allah, KM Negeri Melaka akan menyusun gerak kerja kepada semua yang terlibat secara teratur dengan panduan dan arahan daripada KM Pusat dan PAS Melaka,” ujar beliau.

Puhat yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Melaka itu berkata  lagi, Dr. Reena dan Dr. Amir akan membantu KM Melaka dari sudut perubatan dan bantuan lain jika perlu.

“Bagi tugasan JAM (Jabatan Amal Malaysia Melaka), Insya-Allah, Tuan Wahab dan Lajnah Kebajikan DPPNM, Tuan Haji Abu Khir ada bersama KM Melaka,” ujar beliau lagi.

Puhat berkata demikian dalam satu kenyataannya kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️