Covid-19 Melaka : JKNM isytihar Kluster Telok Mas

Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 4 Jan : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Telok Mas seperti yang dilaporkan di dalam satu hantaran di lamanrasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut laporan itu, kluster baharu di Sekolah Henry Gurney ini melibatkan 13 kes (OKT) daripada keseluruhan 34 kes Covid-19 yang dilaporkan di Negeri Melaka hari ini.
Berikut adalah perincian kes :
DAERAH MELAKA TENGAH
Mukim Paya Rumput
βͺοΈ 7 kes jangkitan ( IMPORT B)
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat
βͺοΈLawatan ke Perak
βͺοΈKontak rapat kes Gombak
βͺοΈUmur : 2, 3, 8, 9, 17, 19 dan 43
Mukim Balai Panjang | Tg Minyak | Pernu | Sebatu
βͺοΈ5 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes Ayer Molek
βͺοΈUmur : 40, 41, 53, 60 & 64 tahun
Mukim Bukit Katil
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat.
βͺοΈRakan sekerja (Kes Bukit
Baru)
βͺοΈUmur: 51 tahun
Mukim Krubong
βͺοΈ2 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat (Kes Mukim Krubong )
βͺοΈUmur : 24 & 27 tahun
Mukim Telok Mas
βͺοΈ10 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes saringan OKT
βͺοΈKluster Telok Mas
βͺοΈ16 – 20 tahun
Mukim: Melekek
βͺοΈ4 kes jangkitan (IMPORT B)
βͺοΈKes dari saringan kontak
rapat kes Positif ( Klang,
Selangor)
βͺοΈ4, 9, 12 & 39 tahun
Mukim Taboh Naning
βͺοΈ4 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes positif sebelum ini
βͺοΈKontak keluarga
βͺοΈ4, 30, 34 & 62 tahun
Mukim Melaka Pindah
βͺοΈ1 kes jangkitan tempatan
βͺοΈKes daripada saringan kontak
rapat kes positif sebelum ini
βͺοΈKontak keluarga
βͺοΈ29 tahun
Tambah laporan itu lagi, sebanyak 492 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk lima kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan mukim Jasin (238 kes) dan Machap (300 kes) hari ini masih di dalam zon merah.
Sementara itu sebanyak 28 mukim diisytihar sebagai zon kuning hari ini bertambah dua mukim berbanding 26 mukim semalam apabila mukim Taboh Naning dan Sebatu mencatat kes baharu.
Mukim-mukim itu ialah :
DAERAH ALOR GAJAH
β’ Durian Tunggal (6 kes)
β’ Klemak (2 kes)
β’ Melaka Pindah (2 kes)
β’ Melekek (1 kes)
β’ Pulau Sebang (1 kes)
β’ Sungai Baru Ilir (7 kes)
β’ Sungai Baru Tengah (1 kes)
β’ Taboh Naning (4 kes) baharu
DAERAH MELAKA TENGAH
β’ Ayer Molek (3 kes)
β’ Balai Panjang (2 kes)
β’ Bandar Melaka (2 kes)
β’ Bertam (3 kes)
β’ Bukit Baru (3 kes)
β’ Bukit Katil (2 kes)
β’ Bukit Rambai (8 kes)
β’ Cheng (5 kes)
β’ Krubong (4 kes)
β’ Peringgit (1 kes)
β’ Pernu (2 kes)
β’ Semabok (1 kes)
β’ Tangga Batu (5 kes)
β’ Tanjung Kling (12 kes)
β’ Tanjung Minyak (4 kes)
β’ Telok Mas (18 kes)
DAERAH JASIN
β’ Ayer Panas (2 kes)
β’ Sebatu (1 kes) baharu
β’ Selandar (1 kes)
β’ Sempang (1 kes)
β’ Umbai (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1741 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini di mana Selangor kekal mencatat kes tertinggi antara negeri dengan merekod 687 kes, diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 303 kes.
Laporan itu juga menyatakan bahawa semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.


