πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Kelantan

AMAL KUALA KRAU BANTU BERSIHKAN RUMAH MANGSA BANJIR

Cuaca di hari kedua kian bertambah baik pada musim banjir yang sedang berlaku di Pahang. Sejak semalam, Jabatan Amal Kawasan Kuala Krau mengerah tenaga bagi membantu mangsa banjir terkandas khususnya di DUN Jengka.

Ekoran daripada tungkus- lumus tanpa henti, hari ini Jabatan Amal Kuala Krau bawah kelolaan Encik Mohd Azaidi Ishak, Komandan Jabatan Amal Kawasan masih meneruskan misi untuk mengemas rumah-rumah yang sudah lagi tidak ditenggelami air. Beberapa buah rumah yang dapat dibersihkan dengan bantuan orang ramai bagi memudahkan urusan mangsa banjir.

Menurut Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau, Ustaz Anuar Daud, mereka sentiasa bersedia bersama Jabatan Amal untuk membantu masyarakat yang terjejas daripada musibah banjir ini. Beliau juga mengharapkan orang ramai sudi menghulurkan bantuan demi menjaga kebajikan masyarakat di kawasan ini.

Bantuan kewangan boleh salurkan ke akaun Bank Islam Jabatan Amal Kawasan Kuala Krau ( 06037010036569 ) untuk derma kilat membantu mangsa banjir. Semoga maju Jabatan Amal dalam misi membantu rakyat.

Penerangan
DPPK Kuala Kuala
4 Jan 2021

PemudaPAS

KualaKrau

Banjir2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️