🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Pemuda Beri Bantuan Berdepan Pandemik Covid-19 Dan Tengkujuh

Oleh: Aslam Wira

MARANG – Dalam usaha membantu masyarakat kurang berkemampuan pada tempoh sukar pandemik Covid-19 dan musim tengkujuh, Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang telah turut serta memberi sumbangan kebajikan kepada mereka.

Ketua Penyelaras Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria berkata, hari ini seramai sepuluh orang penduduk yang kurang bernasib telah dipilih di sekitar kampung Pulau Kerengga.

“Usaha ini juga adalah bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang menekankan agenda berkebajikan, sekaligus menjadikan program ziarah ini sebagai rutin mingguan pemuda,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja selesai program agihan bantuan sumbangan ‘Sinar Kasih’ bersama-sama Pemuda PAS Cawangan Pulau Kerengga pada 18 Disember yang lalu.

Menurutnya, di samping agihan sumbangan daripada kerajaan negeri, jabatan dan pihak badan bukan kerajaan yang lain, pemuda juga mengambil tanggungjawab dalam turut serta membantu mereka yang memerlukan.

“Selaku pemuda, kita juga mengambil berat akan keadaan ini, di mana usaha ini wajar dilakukan oleh semua peringkat dan kawasan masing-masing.

“Walaupun sumbangan ini tidak lah sebesar mana, tapi ini menujukkan kecaknaan kita daripada tidak melakukan apa-apa tindakan untuk membantu masyarakat sekeliling,” ujar Ziyad.

Justeru, beliau menambah, selain daripada sumbangan keperluan asas, pemuda juga turut menyerahkan sumbangan seperti keperluan sukan seperti bola, jaring dan sebagainya, di samping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️