🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam SejarahPahang

Hari ini dalam sejarah : Berita kebangkitan Pahang sampai kepada Residen Rodger

ISNIN – 21 DISEMBER 1891

PADA hari ini 21 Disember 1891, Residen Pahang W.P. Rodger telah menerima berita mengenai serangan oleh kumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua.

Serangan ini merupakan permulaan berlakunya kekacauan di daerah Semantan yang akhirnya merebak menjadi satu pertempuran besar dikenali dengan ‘Pemberontakan Pahang’. Pemberontakan ini diketuai oleh Dato’ Bahaman bekas Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan.

Serangan ke atas anggota-anggota polis dan Balai Polis Lubuk Terua dibuat setelah tiga orang pengikut Dato’ Bahaman ditangkap oleh Inggeris atas tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa kebenaran.

Apabila Residen Rodger menerima berita mengenai serangan ini, Inggeris pun mula mengatur gerakan menghapuskan pengikut Dato’ Bahaman. Sepasukan anggota polis dari Kuala Kubu yang terdiri daripada sepuluh orang polis Melayu dan dua puluh lima orang Sikh, diketuai oleh Kapten Syers telah dikejarkan ke Pahang. Bantuan juga diperolehi dari Selangor dan lain-lain tempat.

Sesungguhnya Inggeris telah menggunakan kesempatan ini untuk menumpaskan pengaruh Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya daripada merebak ke kawasan-kawasan lain, di samping melemahkan kegiatan menentang penjajahan dalam kalangan orang-orang tempatan.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️