NegeriTerengganu

PASTI Nur Hidayah Perlukan Dana

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pihak pengurusan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nur Hidayah Felda Jerangau memerlukan dana sebanyak RM 40,300.00 bagi tahun 2020.

Pengurus PASTI berkenaan, Roslan Jusoh berkata, sumbangan daripada orang ramai amat diharapkan.

“Ianya bagi memastikan PASTI kita ini masih boleh berjalan dan beroperasi seperti biasa, tambahan pula kita telah bersedia untuk menambah jumlah pelajar.

“Dahulu kita ambil setakat 30 orang sekarang ini kita telah buka kepada 52 orang dengan menambah kelas baru bagi memastikan PASTI terus relevan menjadi pusat asuhan terbaik yang dimiliki oleh PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada program agihan pakaian sekolah, di Dewan Sivik Felda Jerangau, pada Sabtu 28 Disember.

Jelasnya perbelanjaan berkenaan adalah bagi menampung elaun dua orang guru bersama pembantu PASTI tersebut.

“Juga menyediakan makanan kepada pelajar, bil elektrik dan air serta menampung kos segala urusan dan pengurusan PASTI,” ujarnya.

Beliau amat mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak dan orang perorangan yang sudi menghulurkan bantuan.

“Dengan menyalurkan sumbangan kepada Bank Islam dengan nama PASTI Nur Hidayah melalui nombor akaun 13044010033543,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap ada pihak yang sanggup bekerjasama demi membantu kelansungan PASTI di Felda Jerangau tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️