NegeriTerengganu

Unit Amal ‘Ibarat Mesin’

KUALA TERENGGANU – Dengan sifat rakin dan taat melaksanakan tanggungjawah, anggota Jabatan Amal (Unit Amal) dibaratkan sebuah jentera yang sentiasa bergerak.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar YB Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, petugas Unit itu perlu diberi perhatian kerana jasa dan pengorbanan mereka.

” Unit Amal ibarat mesin tanpa mengira masa dan suasana apabila diarah, taat menjalankan tugas.

“Berkhidmat untuk parti dan masyarakat,” tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Bandar berkata demikian pada satu majlis meraikan petugas unit amal DUN bandar diadakan disini, semalam

Majlis berlangsung dengan penuh ceria dan harmoni diadakan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Oleh itu, beliau berkata, banyak tugas tugas yang dipikul oleh anggota Amal tidak sanggup dibuat oleh orang lain.

Pada progtam itu, beliau turut menyumbangkan kelengkapan pakaian seragam Jabatan Amal kepada semua petugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️