NegeriTerengganu

Pemergian Abdullah Atan, Kehilangan Besar Buat PAS

KUALA TERENGGANU, 3 Oktober – Pemergian Staf Pegawai Teknologi Maklumat (IT) Pas Pusat, Abdullah Atan disifatkan sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada parti itu.

Anggota IT yang aktif berkhidmat untul parti dipejabat agong khususnya sejak tahun 1998 itu telah disahkan sudah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan maut di kawasan berhampiran Tol Jalan Duta tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan IT PAS Negeri Terengganu, Mohamad Iszeham Mat Ali berkata, sumbangan Allahyarham dalam lapangan IT terutamanya terhadap organ utama parti dan juga PAS negeri sangat besar.

Katanya, Abdullah bertungkus lumus demi menyiapkan perisian parti yang mampu digunakan hingga hari ini.

“Sumbangan yang cukup besar kepada PAS amnya dan kita semua khususnya. Semoga Allah membalas segala amal baik yang telah dicurahkan dan dikira sebagai amal soleh yg akan diberi ganjaran di akhirat kelak,” katanya ketika dihibungipemberita hari ini.

Tambah beliau, Allahyarham bukan sahaja seorang petugas parti yang aktif bergerak kerja menjaga sistem keahlian parti, malahan mempunyai peribadi yang baik dan merendah diri.

“Dengan khidmatnya, telah banyak perkara baharu dalam teknologi terkini berjaya diaplikasikan di pejabat agong dan PAS di setiap negeri,” ujarnya lagi.

Jenazah Allahyarham kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dijangka dikebumikan selepas waktu Asar nanti di tanah perkuburan Kuang, Sungai Buluh, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️