NegeriTerengganu

DUN Rantau Abang Ungguli Anugerah PAS Dungun

DUNGUN – PAS DUN Rantau Abang mengungguli Anugerah Khas sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-60 iaitu Anugerah Cawangan Ahli Baharu Teramai dan Cawangan Usrah Terbaik.

Cawangan PAS yang baharu dirasmikan di dalam DUN itu, Cawangan Ladang Pinang Mas telah diumumkan sebagai Cawangan Ahli Baharu PAS Teramai. Manakala Taman PERMINT Indah dianugerahkan Cawangan  Usrah Terbaik. .

Mengulas kejayaan cawangan-cawangan yang berada di bawah organisasi DUN Rantau Abang, Pengarah Majlis Tindakan DUN tersebut, Cikgu Alias Harun berkata arahan untuk mengerakkan usrah dan menambah ahli baharu adalah daripada kawasan.

“Kita, di DUN mengarahkan kepada cawangan – cawangan untuk diambil tindakan dan tahniah kepada PAS Cawangan Taman Permint Indah kerana dapat melaksanakan usrah secara konsisten,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, berkata demikian ketika dihubungi di sini pada 2 April.

Beliau berharap kejayaan tersebut menjadi contoh terbaik kepada cawangan lain kerana dengan usrah ini kita hendak semaikan terutama sekali dari sudut kefahaman aqidah dan perjuangan parti.

“Dan begitu juga kepada Ladang Pinang Mas, tahniah diucapkan kerana dapat mengumpulkan masyarakat di sekitar Ladang Pinang Mas yang sebelum ini belum lagi ditubuhkan cawangan.

” Tetapi, dengan usaha ini, sudah menampakkan gerak kerja yang baik, yang diatur oleh Cawangan Ladang Pinang Mas dan diharapkan pendaftaran pengundi baharu juga perlu diberi perhatian .. sebagai kekuatan sesuatu organisasi.

” Jadi diharapkan cawangan-cawangan lain mengambil tindakan sewajarnya supaya kita dapat menambah ahli dan dalam masa yang sama kita dapat menambah pengundi yang begitu ramai yang belum berdaftar,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Ladang Pinang Mas, A’ala Ismail berkata, bermula bulan Oktober tahun lalu dan sehingga bulan Januari, cawangannya telah berjaya mendaftar seramai 146 orang ahli baharu PAS.

” Kita mengarahkan setiap ahli mendaftar semua anak-anak mereka sebagai ahli PAS bermula daripada umur 13 tahun dan muslimat banyak membantu di dalam kerja-kerja ini,” katanya.

Menurutnya kecaknaan PAS kepada penduduk di sana banyak membuka mata mereka untuk bersama dengan PAS antaranya sumbangan bulanan kepada enam keluarga kurang mampu setiap bulan dan tindakan segera jika sekiranya berlaku musibah.

Manakala Bendahari PAS Cawangan Taman Permint Indah, Haji Ab Rahman Abidin memberitahu usrah ahli jawatankuasa cawangannya diadakan setiap hari rabu dan jika ada yang tidak dapat hadir mestilah memberi sebab yang munasabah.

“Kalau ada yang tidak hadir, teruklah ‘kena’, sehingga serik kalau tidak hadir usrah danusrah tdak ‘mudah-mudah’ dibatalkan” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️