NegeriTerengganu

Selamatkan Harimau Malaya

KEMAMAN – Malaysia sedang menghadapi ancaman kepupusan Harimau Malaya (panther tigris jacksoni), Kerajaan Malaysia digesa agar mempergiatkan lagi usaha menyelamatkan lambang kebanggaan negara itu.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, berkata, menurut International Union for Conservation of Nature(IUCN), Harimau Malaya  telah disenaraikan sebagai ‘Critically Endangered (CR).

“Merujuk Survei Harimau Kebangsaan yang menjalankan kajian ke atas 75 peratus hutan di Semenanjung Malaysia, bilangan Harimau Malaya didapati hanya kurang 200 ekor sahaja,” ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 April, di sini.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kemaman itu, seterusnya berkata, sekiranya tiada tindakan yang drastik, proaktif dan efektif daripada pihak kerajaan dan agensi yang terlibat untuk pemuliharaan spesies itu, ia tidak mustahil akan berlaku kepupusan akibat aktiviti manusia.

“Di negara kita selain Harimau Malaya yang paling terancam, haiwan seperti genuk Malaysia, orang utan, gajah Borneo, badak sumbu Sumantera dan tenggiling juga antara spesies yang kritikal perlu dilindungi sepenuhnya,” jelasnya.

Antara punca utama katanya, yang mengancam spesies Harimau Malaya adalah aktiviti pemburuan haram yang menggunakan jerat dawai oleh warga tempatan termasuk orang asli dan warga asing untuk pasaran gelap yang mendapat permintaan tertinggi.

“Merujuk statistik dari tahun 2015 hingga 2017, 25 ekor hidupan liar pelbagai spesies seperti kijang, rusa dan pelanduk mati akibat dijerat.

“Selain itu, perdagangan hidupan liar, kehilangan habitat akibat pembalakan dan penerokaan hutan serta kekurangan sumber makanan juga antara faktor yang mempengaruhi penurunan spesies Harimau Malaya,” tambahnya lagi.

Che Alias menyokong penuh usaha-usaha kerajaan bagi memulihara spesis itu sambil menyarankan agar hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah pemburuan haram hidupan liar di bawah penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar,2010 (Akta 716).

“Tetapi saya menggesa kerajaan untuk mempergiatkan lagi usaha agar tiada kelompangan dan ketirisan dalam usaha memulihara Harimau Malaya daripada kepupusan.

Manakala, ujarnya, rondaan penguatkuasaan dan pemantauan kawasan ‘hotspot’ pemburuan haram yang dilakukan secara berterusan adalah wajar dan penguatkuasaan operasi gerak gempur secara mengejut di tersebut bagi memerangi Jenayah Siber Hidupan Liar dan pasaran gelap.

“Sama ada di kawasan Hutan Simpan Kekal (PRF) dan Kawasan Perlindungan (PA) perlu diletakkan kamera litar tertutup ataupun perangkap untuk mengesan penceroboh yang memburu secara haram.

“Tetapi saya menggesa kerajaan untuk mempergiatkan lagi usaha agar tiada kelompangan dan ketirisan dalam usaha memulihara Harimau Malaya daripada kepupusan.

Beliau juga turut menyarankan supaya kerajaan memperkukuhkan lagi kawalan sempadan daripada pencerobohan pemburuan haram sama ada warga tempatan termasuk orang asli mahupun warga asing dari negara Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Tambahnya, merujuk penurunan mendadak spesies Harimau Malaya didapati 3,500 jerat dirampas dalam tempoh lima tahun, Kerajaan digesa mengehadkan pengeluaran jerat dawai.

“Ianya tidak sewenangnya mudah dibeli dan diperolehi oleh pemburu haram, kerajaan juga perlu wujudkan satu sistem atau merekodkan pembelian dawai dengan jelas bagi memudahkan kerajaan mengetahui penggunaan dawai yang dibeli.l,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️