NegeriTerengganu

Dungun Juga Mahu ‘Souq’

KUALA TERENGGANU – Daerah Dungun perlu ada pasar yang memberi peluang kepada peniaga Islam Melayu sebagaimana Binjai Souq di Kemaman dan Jerteh Souq di Besut.

Ahli Jawatankuasa PAS Dungun YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berharap kerajaan negeri dapat meluaskan konsep ‘souq’ ke daerah lain di seluruh negeri.

“saya melihat daerah Kemaman dia ada Binjai souq, Besut (ada) Jerteh souq untuk peniaga dan usahawan kita,

“konsep itu kita boleh lebar luaskan ke daerah lain khususnya saya sebut untuk daerah Dungun debga menyediakan prasarana yang lebih baik kepada mereka,” jelasnya.

Beliau selaku ADUN Sura berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja, Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di sini, semalam.

Selain itu, Wan Hapandi juga berharap agar pihak kerajaan, Yayasan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dapat menyediakan bangunan asrama baharu untuk Sekolah Menengah Imtiaz Dungun.

“Maka saya mengharap (Sekolah Menengah) Imtiaz daerah Dungun tidak ditinggalkan kerana kesemua anak-anak kita ini merupakan pelajar cemerlang yang perlu sentiasa diberi perhatian,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️